Halaman

Thursday, 17 November 2011

Fail:Logo2-1.jpg
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu, kira-kira dua kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar-pelajar sulungnya bermula pada 2 Januari 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, Kuala Terengganu. Sekolah ini pada awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Februari 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.
Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat tiga buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu nama lain yang lebih sesuai. Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu Dato' Setia Jasa (Dato' Haji Mohd. Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama' Terengganu iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dengan gelaran “Tok Ku Pulau Manis” untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini. Cadangan ini diterima dan bermula bulan Ogos 1987 sekolah ini dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Tuesday, 25 October 2011

10 Perkara Yang Yahudi Taknak Kita Tahu



Tahukah anda sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. 10 daripadanya

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Monday, 24 October 2011

Zikir Mencerdaskan Otak

Islam_24_large
Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman ketika belum terbang ke Mesir lagi.
Selepas solat Subuh di masjid itu, ada majlis berzikir sehingga pukul lapan pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga hendak berzikir lama-lama tetapi ketika berada dalam keadaan menganggur di rumah semasa menunggu resultSPM, saya cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.
Beberapa minggu selepas itu, aku merasai seperti ada kelainan selepas aku menyertai majlis zikir itu. Biasanya selepas solat Subuh aku terus tidur tetapi tidak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam.
Tetapi jika hari itu aku tidak menyertai majlis tersebut, letak sahaja kepala atas bantal, pasti terlelap. Aku pelik mengapa berlaku seperti itu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut Sains ini.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, sepertiSubhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering."
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!
-Artikel iluvislam.com(updated by Fahmi Zee 4)

Sunday, 28 August 2011

sEbUlAn BeRjuaNg,tIbAlaH..harI kEmenAngaN

~ ukhwah itu diibarat satu janji , yang dibuat dalam hati...

tak dapat ditulis ,tak dapat di baca...
namun takkan terpisah dek jarak....
takkan berubah dek masa...
sedetik dimata ... selamanya di hati ...... ~
SALAM ukhwah Fillah & SElamat Hari Raya AIDilfitri
MAAF zahir dan Batin...~sepuluh jari ku hulurkan ,agar sudi memaafkan,segala kesilapan yang dilakukan,agar ukhwah kita berkekalan ~ Amin ~ From Fahmi Zee

Tuesday, 9 August 2011

Marhaban ya Ramadhan..Selamat menjalani ibadah puasa.Solatlah terawih kerana ibadah ini ibadah yang istimewa.Hanya Ada pada Bulan Barakah ini sahaja.Ramadhan Kareem..

Selamat Menjalani Ujian 0TI-2


Ujian 0TI-2 akan berlangsung pada 9/8/2011-11/8/2011.Kertas ujian dibuat dan digubbal sendiri oleh pihak sekolah.Semoga warga SHAMS tingkatan satu membuat yang terbaik khususnya warga kelas 1 Ibnu Zakwan.Man Jadda Wa Jada...